28 December 2013

puisi tengah jalan

bila aku gemuk-
mereka kata aku anak gajah

bila aku kurus-
mereka kata aku si lidi

bila aku tak cantik-
mereka kata aku si hodoh tak sedar diri

bila aku cantik-
mereka kata aku si pelacur murahan

bila aku diam-
mereka kata aku sombong

bila aku bersuara-
mereka kata aku gila kuasa

kenapa harus mendengar kat mereka
mereka bukan benar benar mengenali diri kita

apa mereka tahu-
menilai dari kaca matanya sendiri-
tanpa melihat apa yang benar benar ada dalam hati diri ini

04 August 2013

kenapa?!

assalamualaikum

hurm, dalam menangis aku menulis dalam tangisan

ptg tadi, aku accident

dan aku dipersalahkan

aku tak tak paham kenapa aku dipersalahkan

kenapa aku?!

kenapa mesti ada pak cik yg tibe2 dtg tanpa usul periksa marah aku?

kenapa tak soal dulu siapa yg betul siapa yang salah?

adakah sebab aku bawak kete dan diaorang bawak moto?

dan secara automatiknya penamdu kete yg ptut dipersalahkan?

dan bila aku menjawab, aku di cop sbg kurang ajar?

kenapa?!

aku hanya ingin membela diri

bukan niat untuk kurang ajar

tetapi kenapa aku dipersalahkan?

kenapa?!

kau, pak cik setelah marah aku, terus blah -lpas marah aku?

kenapa tak stay dulu, dengar dulu keterangan dua dua pihak?

kenapa?!

kenapa kau tnya aku samada ada lesen atau tak sedangkan kau tak tnya pun diaorg ada lesen ke tak?

adakah adil mcm tu?

kenapa aku dipersalahkan?

kenapa?!!


20 July 2013

life cycle

yeah
baru aku tahu kenapa orang selalu tidak puas hati dengan aku. selalu mencari kesalahan aku. selalu memarahi aku. semuanya terletak pada diri aku sendiri.
*jatuh katil*

alhamdulillah.

Allah mahu tunjukkan aku kenapa ada orang yang selalu ada masalah dengan aku. rupanya masalahnya berpunca dari diri aku sendiri. kenapa orang kurang ajar dgn aku? sbb aku korang ajar dgn org lain. kenapa aku dimarahi tanpa sebab? sebab aku pernah memarahi orang tanpa sebab.

alhamdulillah

Allah mnyedarkan aku tentang hakikat ini. dan terima kasih atas kata kata mu wahai sahabat. kata kata mu membuat aku terfikir sejenak. kata kata mu membuat aku sedar betapa hinanya aku. betapa hinanya aku untuk membenci orang lain.

*senyum*

29 June 2013

disaat aku diam

disaat aku diam-
masanya aku muhasabah diri

disaat aku diam-
perasaan marah menguasai diri

disaat aku diam-
perasaan cemburu menjenguk

disaat aku diam-
aku mahu semua orang melihat aku

disaat aku diam-
aku tahu aku melakukan kesilapan

disaat aku diam-
aku merasakan diri ini tidak berharga

disaat aku diam-
aku malas terlibat dalam pertelingkahan

disaat aku diam-
aku merasa aku insan paling malang

disaat aku diam-
aku ingin menghilangkan diri mencari ketenangan

disaat aku diam-
aku berharap seseorang datang menghiburkan hati

disaat aku diam-
aku impikan sebuah kebahagiaan

03 June 2013

kenangan malam pertama...ehhh

Assalamualaikum

Tajuk?kenapa dgn tajuk?ada salah?hahaha

Okay, itu hanyalah propa mcm kiah propa..haha

Sejujurnya aku disini ingin menceritakan tentang hari pertama praktikal. Okay. Dah sedia untuk membaca pengalaman aku ini? Okay, sila sediakan popcorn dan jgn henti membaca selagi tak habis kerana anda akan menyesal seumur hidup sehingga menghantukkan diri ke dinding. Senyum sinis


Aku mulakan dgn bismillah. *muka suci*
Pada suatu hari *gaya budak tadika* ,aku bangun seawal 5.50 pagi. Ini lah kali pertama aku bangun awal. Percubaan kali pertama berjaya. Senyum lebar. Even, klu kat kolej pun aku tak bangun seawal ini. *muka riak lagi takabbur*. Lepas tu, macam biasa, mandi, solat, pakai baju, make up (ehhh? Cantik tak kak ton). Dan seawal pukul 6.45 aku dah bertolak ke hospital raja perempuan zainab II. Aku dgn bergayanya bawak kete bapak aku ke hospital dengan memecut 130kmph. Almaklum laa, jalan pepagi lengang tambah tambah lagi musim cuti sekolah.

Dan aku tiba hospital pada pukul 7.15. Flip hair, aku turun kereta dgn bergayanya. Alih alih, tak dek seorang pon pandang aku masa tu. Tunduk malu kejap. Besar kemaluan aku. Eh. Lepas tu, aku dgn muka menahan kemaluan, aku pergi ke jabatan farmasi. Tak nampak kelibat kawan kawan sepraktikal dengan aku lagi. Aku mngambil keputusan pergi ke kafe berdekatan tuk makan. Aku bersarapan berharga 3.80 pagi tu. Say whatttttt?! Cilaka punyer tokei kedai. Menyumpah aku kejap kat situ. Bayangkan aku makan roti sandwich 2 keping dgn nescafe ais ( penipu, tulis nescafe, ghupenya kopi -_-'' ) je. Dasar pencekik nyawa orang. Pasghah itu berserah kejap.


Okay, sudah bercerita pasal sarapan pagi bagai, kini beralih kepada sesi berjumpa dgn staf staf kat san setelah briefing. First, aku dah nampak weakness dalam organisasi nie. Mula mula masa perkenal tu, okay lagi, senyum manis lagi. Lepas je perkenal diri, kalau aku jumpa, aku senyum, haramnya nak senyum balik kat aku. Seorang dua orang je senyum balik kat aku. Tunduk kecewa kejap. Aku punyalah tunjuk kemanisan senyuman aku yg cukup menggoda ini, kau boleh je buat tak tahu. Apa kau ingat kau santek?! Kan dah keluar carutan aku. Ish, takpe. Aku akan teruskan senyuman menggoda aku ini. Bukannnya kena bayar pon. Mende free. Senyum itu sedekah. Aku kan baik hati nak memberi sedekah kat orang orang. Tambah tambah lagi dekat orang yg memerlukan. If u know what i mean,


Haa, satu lagi aku nampak keburukan. Ada seorang pharmacist yg konon macho. Okay, terus terang aku menyampah dengan dia. Kawan aku ada buat salah masa dispense ubat. Then, dengan kuatnya dia cakap 'tolong panggil ppf pelatih (ppf=penolong pegawai farmasi)' depan kaunter. Bayangkan, dia cakap macam tu depan patient patient yg berlambak menunggu ubat. Kau tak fikir ke perasaan kawan aku tu? Dah laa first day praktikal, apa kau nak semua perfect. Kalau nak menegur tu ada caranya. Nie tidak, fikirkan soal kau je. Apa kata patient yg menunggu tu? Kau tak fikir yg patient mungkin akan cakap.Panas hati kejap.


Selain keburukan tu, ada jugak kebaikan staf staf kat sana. Ada yang sudi mengajar aku apa yang aku tak tahu. Ada jugak yg senyum senyum kat aku. Ada jugak yg mengajak aku berbual. Ada yg interview aku. Itu yang aku suka. Itu enviroment kerja yang aku suka. Overall untuk first day nie, okay lah. Not bad. Walaupun aku kepenatan berdiri di farmasi, aku masih lagi boleh bertahan. Walaupun aku terpaksa menempuh traffic jam masa nak balik, aku masih lagi boleh bertahan. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk aku menghadapi praktikal ini sebaik mungkin. Moga aku dapat habiskan diploma aku dgn jayanya :)


Setakat ini sahajalah bebelan aku. Penat menaip. Haha. Haa, tak menyesal kan baca cerita aku? Larikkkkkkkkkkk! Kalau, popcorn yg disediakan masih lagi berbaki, boleh laa berhijrah untuk ke blog lain atau layan je movie. Okbai

X.o.x.o

12 May 2013

kecelaruan

assalamualaikum

sekarang tepat pukul 4.56pagi mengikut jam tab aku

aku tak dapat tidur

terlalu banyak dalam fikiran aku

pasal masa depan aku dan pasal percintaan yg mungkin tidak kemana

pasal masa depan-i dont which road should i take. i am totally lost. i am totally confused. kalau ikutkan hati, memang aku nak sambung degree farmasi. tapi aku takut. tersangat takut. if i take the degree in pharmacy, i dont think that i will be survive. kalau dah diploma pun, dapat cukup cukup makan, memang susah laa nak hidup di alam ijazah nanti. i was thinking to be a teacher, but i am sure that i will never choose that road. i dont want to waste my diploma, my 3 years to get the diploma. if i want to be a teacher, i should take the matriculation offer that i got after spm. i am totally confused with my future right now. tapi orang kata kalau dah rezeki tu tak kan ke mana. aku hanya berserah kepada Allah untuk masa depan aku kerana aku percaya yg Allah telah aturkan yang terbaik untuk aku. in sha Allah

pasal percintaan yg tidak berpenghujung pulak. sesuatu yg menganggu fikiran aku. am i ready for the responsibles of being in a relationship? sebab sebelum nie, aku memang terlalu susah untuk memberi komitmen. love make me crazy. i am always thinking that i wanna be alone. making my own world without thinking about others. but i know, it is impossible. no matter what, i need companion to make my life complete. tapi kenapa setiap kali percintaan bermula, aku merasakan sesuatu yg berat. sesuatu yg akan menyusahkan hidup akan berlaku. kenapa dgn perasaan itu? adakah itu suatu petunjuk? Allah, tunjukkanlah aku kebenaran. tunjukkanlah aku apa yang salah. berikanlah aku kekuatan untuk menghindari apa yg salah.

tepat pukul 5.14- aku masih belum tidur. mata aku masih segar. otakku masih lagi ligat berfikir

sekian,

x.o.x.o

09 May 2013

alhamdulillah :D

assalamualaikum



alhamdulillah



alhamdulillah




alhamdulillah



alhamdulillah



akhirnya dapat jugak result untuk sem 4 nie


syukur alhamdulillah


walaupun agak jatuh tuk sem nie,tapi masih lagi diberi peluang untuk merasa dean list


tangan aku masih terketar ketar kot menaip nie


almaklum laa eksited sgt



firstly, aku nak berteima kasih kat pensyarah pensyarah aku yg tak jemu nak memberi ilmu


yg kedua, kedua ibu bapa aku yang tak henti henti mendoakan aku tuk berjaya, i love u both..muah muah :P


yg ketiga, rakan rakan seperjuangan yg banyak memberi tunjuk ajar kepada aku, memberi nasihat


syg korang!

okaylah, itu sahaja ucapan dari hamba ini, ini bukan ucapan sempena shout award ke hape, ini ucapan ikhlas tuk sume..hewhew *gedik kejap* :)


sekian,
x.o.x.o