30 December 2012

attitude~

Assalamualaikum...
agak lama jugak aku tak update blog nieh..*ayat cliche*
almaklum laa, dah masuk sem baru..so, busy laa sikit..sampai takde masa nak update.. (buzy ke? hahaha)

busy macam dalam gambar nieh.. #eh?

back to the main point, post kali ni aku nak meluahkan tentang perangai segelintir masyarakat..
hurrmmmmm...
bila merujuk kepada perangai sesetengah orang ni membuatkan aku menyampah, meluat, dan seangkatan dengannya..
pernah dengar istilah talam dua muka?
haa, sikap macam nie laa aku tak suka..
kalau kuih talam tu okay laa jugak...*oh, sedapnya*


motif sangat aku letak gambar nie..haha

pernah tak kau fikir yang kata kata kau mungkin mengguris perasaan orang?
pernah tak kau terfikir yang si yg diumpat tu sakit hati dgn cacian, makian kau?
pernah tak terfikir apa perasaan kau apabila orang mengumpat kau, mengata kau, mencaci kau?
atau kau memang tak de perasaan apabila orang mengata kau?
tolong laa, tolong jaga perasaan orang...
tolong jgn jadi buzybody sgt...
biarkan laa diaorang (orang yg diumpat) nak buat ape ape pun..itu hak diaorang, hidup diaorang...rasanya tak menyusahkan korang pun kan...
*konsep busybody disini bukan pasal agama yer, kalau pasal agama tu, kita wajib mencegahnya*
apa kau fikir yang kau perfect sangat?
sampai kau boleh nak mencaci orang?


" Allah menutup keaiban seseorang jika dia menutup keaiban orang lain"


mesti pernah dengarkan ayat ini...
jangan selalu nak mem'bahan' orang sgt...
apa salahnya kalau orang tu membuat salah, just tegur dgn baik, dgn berhemah.. *ala ala sweet gitu*
ini tak, pantang tengok orang buat salah, terus nak mem'bahan' orang..siap bawak geng lagi...
korang MUNGKIN tak tak tahu yang salah seorang daripada geng tu pun MENGATA, MENCACI, MENGUTUK anda...
so, padan laa kan...
what u give is what u get..


aku tak paham, kenapa mesti ada sifat tak puas hati dalam diri tu?
tak boleh ke biarkan dia je..
klu tak suka dia post kat fb, buat unfriend je terus..
kalau tak suka dia tweet, just unfollow terus...
simple kan? 
kau tak sedar ke  yang kau buat tu menjurus kepada sebuah pergaduhan... *OMA! skemanya ayat aku*
sebab tu ada pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'..
dalam konteks nie aku rasa bukan mulut yang sesuai, 'kerana tweet/post, badan binasa'
rasanya alangkah baiknya kalau kita menerima kelemahan seseorang, ambil kelemahan itu sebagai sempadan..
begitu juga orang akan buat kat kita...ambik kelemahan kita, sebagai sempadan..
lagi untung kalau dia menegur kita atas kelemahan itu..


akhir kata,
marilah kita merenung diri, ubah laa sikap itu..
renung renungkan, selamat beramal..
salam ukhuwah, salam comel dari aku, insan yg tidak sempurna >.< *muka comel*
x.o.x.o *gaya lisa dalam istanbul aku datang*

21 November 2012

sahabat

sahabat...

maafkan aku...

aku tidak sengaja...

aku hanya bergurau..

tidakku sangka yg kau akan terasa hati..

maaf maaf maaf...

ribuan malahan jutaan maaf dari aku...

aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat...

baik hilang seorang kekasih dari hilang seorang sahabat...

kaulah tempat aku meluah perasaan...

kaulah tempat aku meluahkan kegembiraan...

kaulah penghibur hati tatkala aku kebosanan....

benarlah org berkata,

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

maaf maaf maaf..

itu sahaja yang aku mampu ucapkan...

akan ku ambil pengajaran melalui pengalaman ini...

aku tidak ingin kehilangan seorang sahabat...

seorang yang cukup memahami kondisi aku...

seorang yang tahan dengan kerenahku...

sahabat, 

kau adalah insan berharga bagiku...

maafkan aku :(

maafkan aku :(

maafkan aku :(

20 November 2012

kerana terpuaka~

assalamualaikum :(

for those who know me, they must know that mulut aku tersangatlah puaka...

tapi dgn orang orang tertentu je...huhu

aku tak tau kenapa laa mulut aku nie puaka...

fitrah semulajadi kot...hahaha

ok back to the main point,

nak dijadikan cerita, semalam, aku ada chat dgn seseorang nie...

aku awal awal lagi dah warning kat dia yang mulut aku puaka sbb tak nak dia terasa hati tersentap terpatah seribu terremuk hati dgn perkataan perkataan puaka nie...

dalam tgh tgh chat tu, aku tertaiplah satu perkataan yg amat sensitif bagi dia...

then, dia balas chat aku dgn nada yg sgt merajuk (btul ke ayat aku nie? -.-) 

dia macam merajuk dengan aku...

satu ayat chat yang membuat aku terkesima 

"aku boleh terima je kalau orang lain cakap mende tu kat aku, tapi time kau cakap tu aku rasa lain"

haaa, punya laa gelabah hati aku..ye laa, aku takut sangat kalau aku mengguris perasaan dia...takut sgt...terlalu takut (ayat sinonim -.-)

dah laa suatu masa dulu aku pernah minat dia...

ishhh, dah tak tau nak wat pe, aku call laa dia untuk explain everything...

dia cakap yang dia gurau je pasal dia tersentap dgn aku...

tapi aku tau yg dia betul betul sentap dgn aku... :(

dari ayat dia cakap pun aku tau yg dia betul2 terasa dgn aku..

aku betul2 mintak maaf kat dia...

aku takut pisang berbuah dua kali... *ayat tak leh blah*

sampai skrg aku rasa bersalah walaupun dia cakap dia dah maafkan aku, dan yang dia hanya bergurau dgn aku..

aku tau yang dia takkan baca blog aku nie, so, aku berani laa bagitau i love u...

maafkan aku :(

maafkan aku :(

maafkan aku :(

04 November 2012

cita cita

assalamualaikum :)

ok, seperti tajuknya cita cita

dulu masa kecik kecik mesti ada cikgu tanya apa cita cita kan?

tipulah sape2 yg ckap cikgu tak pernah tanya..hahaha

ok, stop merapu meraban..

kat sini aku ingin mengadu nasib , menceritakan masalah aku.. -_-

first dulu, masa kecik kecik aku ada bercita cita tuk jadi cikgu

then masuk sekolah menengah, aku mengubah cita cita tuk jadi akauntan since aku minat giler giler matematik (padahal akaun dgn math are two different things)

then, sblum spm aku nak jadik pharmacist pulak

aiyoo bnyak jugak cita cita aku nie..

selepas spm tu, aku ada laa mintak untuk institut pendidikan guru a.k.a maktab

tapi harooommm..panggil aku temuduga pun idak -_- *sigh*

padan muka kerajaan, tak dapat bakal guru berkaliber mcm aku *pengubat hati haha*

aku minat laa jugak nak jadi guru, aku selalu fikir yang aku nak merasai pekerjaan guru..

aku pun suka tuk mngajar rakan rakan..so, i think that will be an advance to me to be a teacher..

tapi malangnya, aku tak dapat.. *sigh lagi*

oleh itu, aku pun mngambil keputusan untuk mengambil diploma farmasi walaupun aku pun dapat tawaran matrik..

masa aku tanya pendapat guru guru aku, ramai guru guru aku yg setuju dgn keputusan aku..tapi ada jugak yang tidak menggalakkan aku ambil diploma sbb cikgu aku tu yakin yg aku boleh survive kat matrik..

sebelum aku masuk diploma, aku sangat sangat mengharapkan fast track which mean that i will not finish the diploma, but terus ke degree..

but after aku masuk diploma, dean dgn bangganya menyatakan fast track di mansuhkan.. *sigh yang lama*

aku rasa macam nak je lari dari diploma lpas tau pasal tu...

tapi bila difikir fikir balik, mungkin ada hikmah disebaliknya

now, aku tgh rsau dengan keputusan aku untuk degree nanti..

aku tak pasti samada aku layak ke tak tuk ambik Bpharm ( bachelor of pharmacy ) sebab result aku agak teruk :(

dalam fikiran aku, maybe aku nak ambik pendidikan matematik, nak sambung cita cita kau sebagai cikgu..tapi berbaloi ke diploma aku jika aku ambik pendidikan?

hah, dilema aku sebagai pelajar..

p/s: wish me luck for the sem 3 result that will be announce soon..cuak nieh -__-


28 October 2012

minat kerana nafsu~

assalamualaikum salam sejahtera

ok berhubung dgn entry yg aku wat yg lepas,*tu pun kalau korang baca laa, krik krik*

setelah difikir fikir sampai hangus

aku come out with keputusan tak nak bagitahu org yg berkenaan tentang rasa minat aku terhadap dia

sebab?

inilah sebab sebabnya

first, aku minat dia based on nafsu semata mata, aku hanya melihat kecomelan kecantikannya

aku tak melihat dari segi agamanya, tutur bicaranya, dari segi tingkah lakunya

second, aku tidak mahu hati aku terluka jikalau aku ditolak

lagi baik mengelak daripada mengubati..hahaha 

oleh itu, aku dgn nekadnya teguh pendirian dan keputusan aku

harap tiada apa yg menghalang keputusan aku itu :)


21 October 2012

bila aku berbicara mengenai cinta~

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
my mood getting better since i free from suffering having FINAL EXAM..heeee~ :))
bagi sesiapa yg belum bebas dari FINAL tu, sila lah jeles dgn aku yg telah bebas ini :P ...hahahaa




back to the main point, 
post kali ni aku nak bercerita tentang CINTA...  *krik krik*
ok, aku sering jadi kaunselor untuk bagi nasihat kat kawan kawan aku mengenai cinta..
tapi kadang kadang aku sendiri tak ikut apa yang aku nasihat tu... ( poyo kan? )
tak dapat gambarannya?



ok, satu analogi yg mudah akan aku bagi..
pada suatu hari ( buku cerita kanak kanak :) )
ada seorang insan bernama rakan bercerita pasal dia meminati seseorang, dan dia hanyalah memendam perasaan itu tanpa meluahkan kepada orang yang diminatinya..
lepas itu, dengan lagak sebagai kaunselor yang tidak bertauliah, aku bagitahu kat dia yang dia sepatutnya bagitahu kat person the he admired...
aku tambah lagi, lagi elok kalau orang itu tahu tentang perasaan minat dia kerana semakin lama dia pendam, makin parah perasaan itu...
bagi aku, seelok eloknya, jangan memberi harapan kepada orang itu lagi selagi kita tidak memberitahu tentang perasaan kita terhadapnya..
there are two possibilities samada orang itu pun minat kat dia..atau orang itu akan menolak 'minat' itu..
jikalau sorang itu menolak dia, dan dia tidak memberi harapan sangat, tidaklah rasa macam kecewa sampai nak bunuh diri kan? haha~
kalau orang itu terima 'minat' dia, maka boleh lah teruskan dengan harapan yang menggunung  dan boleh lah memulakan sebuah cinta.. ( pastikan cinta yg halal ye :P )



ok itu lah nasihat yang aku bagi kat dia..sekarang ini, the big problem is aku sendiri tak ikut nasihat yang aku bagi..
bagi nasihat kat orang bagai, tapi diri sendiri tak ikut, i feel that i am a terrible person :(...
yes, aku ada minat seseorang ini, seorang kenalan baru aku...
dan aku tidak pernah memberitahu yang aku minat dia.. (for sure)
mesti korang tertanya tanya kenapa aku tak nak bagitahu kat dia.. ( kalau tak tertanya tanya pun, aku masih nak jawab jugak..hahaha)
there is a big ego in myself...i cant handle the ego..it effected on myself..
lagipun aku sangat takut, takut kehilangan apabila aku cakap yang aku minat dia, aku akan ditolak..
and for sure, i will never talk to the person again...that my ego.. :(
i also afraid that i will not give a full commitment to someone if dia menerima aku   
sampai sekarang aku tak bagitahu kat dia yang aku minat kat dia..
biarlah aku pendam yang aku minat kat dia...and i hope that one day the feeling will be gone.. :(


sekianlah cerita cinta *krik krik lagi*

p/s: korang jgn jadi mcm aku...it feel suck inside.. :(

24 September 2012

final exam just around the corner~

Assalamualaikum salam sejahtera,
sebagaimana tajuk entri ini, final exam aku dah dekat..
the final exam will start on first of october and the last paper will be on 19th october..
i am bersyukur because the final exam have 2- 3 days before start with another paper..
i will taking 7 subjects for this semester..
and most of them are 3 hour credit worth...
because of the final final exam, aku nak mntak maap dari hujung rambut sampai laa ke hujung kuku kaki (hikhik) andai ada tersalah tersilap bahasa
samada disengajakan mahupun tidak (skema nya ayat aku :3 )
doakan kejayaan aku
wish me luck! :D





p/s: i will not update the entry until the last day of final exam~

18 August 2012

raya~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sempena bulan syawal yang akan menjelma ini,
oleh hal demikian *ayat karangan SPM*,
aku ingin menyusun sepuluh jari,
memohon  *1000000 kuasa 17*keampunan,
jikalau aku ada melakukan kesilapan,
samada sedar atau pun tidak,
halalkan segala apa jikalau aku ada termakan, terambik barang2,
aku tahu yang aku insan yg tidak sempurna, banyak khilaf, kesilapan yang aku lakukan,
dan aku jugak ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
p/s:kepada sesiapa yang tahu rumah aku tu, jemputlah datang rumah, insyaALLAH akan ada hidangan raya terhidang :)


17 August 2012

terima kasih =)

assalamualaikum dan salam sejahtera...hari ini telah masuk hari ke 28 kita berpuasa..ini bermakna yg ramadhan akan meninggalkan kita, syawal akan menjelma...yay! raya raya raya..tapi dalam masa yang sama, aku terasa sedih sebab ramdhan akan meninggalkan kita...ramadhan kali ini, sedikit sebanyak telah memberi perubahan kepada diri aku..aku berharap yang perubahan ini akan kekal dan mungkin bertambah baik selepas ini...amin! sebenarnya tujuan aku tulis post kali ini adalah untuk mengucapkan terima kasih sangat sangat kat ibu bapa aku...setelah sekian lama berpuasa di penang, diri aku ini amatlah mengindam*bak orang mengandung pulak* ayam percik..bukan aku tak jumpa ayam percik di penang, tapi ayam percik kat sana amat pelik dan tekak aku macam tak boleh terima...setakat makan, telan tu boleh laa...tapi rasa kenikmatan kesedapan ayam itu kurang berbanding ayam percik di kelantan...setelah merungut, megadu nasib kat ibu bapa aku, akhirnya hari ini dapat jugak aku merasa ayam percik...air tangan mak aku pulak tu...memang perrrrgghhhh! terbaik wa cakap lu...terima kasih mak ayah sebab tunaikan hasrat anak kesayanganmu ini *perasan jap*...love u so much! =)

11 August 2012

sedih~

Assalamuaalaikum, salam sejahtera,
hari ini dah masuk hari ke 22 umat Islam berpuasa..
ini bermakna bahawa kita akan berpuasa lebih kurang 7 hari lagi tuk menghadapi ramadhan ( puasa tahun nie 29 hari mengikut kalendar)
sedar tak sedar ramadhan hampir melabuhkan tirainya,
setelah diimbas kembali, banyaknya masa aku dibazirkan dgn perkara sia sia sepanjang ramadhan ini.. :(
ya ALLAH, berikanlah kepada aku kesempatan untuk menghadapi ramadhan yang akan datang...
sesungguhnya aku dapat merasa kemanisan ramadhan itu berbanding bulan lain...
ya ALLAH, berikanlah keberkatan-MU kepada aku untuk menghadapi hari hari seterusnya di bulan ramadhan ini...

09 August 2012

tolong!!!!!!!!

cepatlah masa berlalu, aku nak balik rumah..
rindu sesangat dah nie...

06 August 2012

kecelaruan emosi~

semua orang tak nak layan aku.. :(
maaf laa kalau mulut aku berbau longkang ke ape ke,
maaf kalau aku ada menyakitkan hati kau..


27 July 2012

kehidupan U bermula~

Assalamualaikum dan salam sejahtera ( ayat skema haha)
pertama sekali, terima kasih sebab sudi baca blog saya yg serba kekurangan ini... (ayat skema lagi...haha)
kehidupan di U bagi aku telah bermula..
test banyak, assignment banyak, lecture pun banyak, lab pun banyak...( dan banyak lagi banyak nya... haha)
aiyoooo! penat sangat2...
untuk assignment, aku nie jenis hantar assignment last2 minute, masa last2 minute tu laa ada test bagai...
nie laa akibatnya buat kerja last minute...
lecturer pulak tak bagi soalan bocor ke ape...lain yg di baca lain yg keluar..
rasa menyesal pun dah tak guna sebab perkara itu dah berlaku..
aku rasa macam aku dah tak boleh nak ubah sikap aku yang suka melengah lengahkan kerja nie...
lecturer pun satu, cerewet tahap gaban...everything nak perfect...ada je benda nak dikomennya..
aisssshhh...
kadang2 menyusahkan aku...kena buat balik laa, ape laa...
hah, minggu ini ade 3 test dgn 2 lab...hari isnin, selasa dgn khamis mmg kelas full..
kelas sampai pukul 5...mau pengsan nie memikirkannya...hahaha
lab pulak, mmg penat laa kot start pukul 2 sampai 5...mmg time mcm tu kemuncak kepenatan...
takpe laa dah takdir sebagai pelajar U...
kalau nak dibandingkan dgn Rasulullah s.a.w, mmg jauh laa...
Baginda berperang masa blan puasa...so, Azam stop merungut! (nasihat kat diri sendiri)
doakan aku supaya dapat jawab test dgn jayanya...*terima kasih sbb mendoakan aku* :)


p/s: good luck to all part 3 diploma in pharmacy students for the test...for those yg pndai, sila lah bagi tiru kat aku...haha

20 July 2012

ramadhan~

alhamdulillah..esok, akan bermula lah ibadah berpuasa..
sebagai muslim, kita harus memanfaatkan bulan ini kerana bulan ini menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan lain..
untuk ramadhan kali ini aku berazam untuk banyakkan ibadah..
anyway, ini tahun kedua aku menyambut ramadhan di penang :(
tanpa family tersayang..
oh, i really miss them so much!
hoping that this ramadhan be the better than previous one...
hoping that everything will be fine in this barakah month.. :)



18 July 2012

03 July 2012

20 June 2012

ego itu membunuh aku~

wah!
tajuk pun dah tau yg entry aku hari bersifat jiwang...hahaha
ok, there something you should know about me...
EGO AKU TERAMAT TINGGI...
itu kebenarannya...
tak percaya?
tanya aku...hahhaa
ok, aku ego dalam memilih cinta...
aku mahu cinta sempurna...
cinta abadi...
when i say I LOVE YOU to you, you should appreciate it...
because i am willing to accept your weaknesses...
most of the time, the ego stop me to say that...
sebb itu lah, aku mengeluarkan kenyataan yg EGO ITU MEMBUNUH AKU
aku mengaku yg aku suka kat seseorang,
tapi aku ego aku menahan aku daripada melakukan apa yg sepatutnya aku lakukan..
dan apabila dia bersama orang lain, barulah aku rasa menyesal...
aku tak tahu macammana nak hilangkan ego yg tinggi ini...
disebabkan ego ini lah , aku sentiasa berseorangan~ *sigh*

13 June 2012

kebosanan~

baru hari ke 3 kuliah, hari nie kelas aku dibatalkan...
so, aku tak kena pergi bertam...
ermmm...
sepanjang hari nie aku tido je...
on9, blogging, jalan jalan bilik sebelah...
amat amat amat amat membosankan..
nak baca notes pun, i learn tak update lagi yg sem lepas...
adoiyaiii~
ni satu lagi, kawan aku nie, mcm tak nak layan aku dah...
tau ler ade kekasih, buah hati..
klu dulu, asyik je nak berbual je dgn aku...
tapi sekarang, tegur pun idak! 
isk2...
*sigh*
*sentap*
-______-
ok laah...semoga kau bahagia ye dgn tersayang..aku tau siapa diri aku ni...hahhaa *ayat tacing*

someone like you~

lagu nie macam ade kena mengena je dgn hidup aku..
awk, saya harap sangat awk akan bahagia...

11 June 2012

uitm penang~

setelah dua bulan bertapa di rumah serta menternak lemak serta tidur,
kini aku kembali ke UiTM Penang yg tercinta lagi disayangi....hahhaa~
sem nie aku dapat roomate g juga budak satu kelas dgn aku...yay!
this is better than previous sem...hahaha
hopefully, kehidupan di sini sem ini baik baik baik baik belaka...
aku berharap sgt2 yg keputusan aku untuk sem ini terbaik...
aku ingin bagi keputusan cemerlang itu kepada kedua ibu  bapa aku yg tercinta...
amin! ^_____^

p/s: i already miss my parents, my bed, my smelly pillow (bantal busuk) haha serta rumah ! :(

first day~

ok...hari ini aku nak cerita pasal kuliah aku di hari pertama...
aku bangun awal hari nie....hahhaa
al maklum laa semangat nak pi bertam yg tercinta itu...hhaaha
macam biasa laah pagi2 dah kena naik bas nak pi bertam...
hari ini lain sket sebab banyak muka muka baru...banyak junior muka innocent je...hahaa
muka suci murni lagi...haha
seawal 8 pagi lagi kami bertuah sebab dikumpulkan sebab nak dengar taklimat timbalan rektor bertam...
macam perhimpunan kat sekolah dulu pun ada... =="
lepas habis taklimat itu, bermulalah kelas...kelas dimulakan dengan lecturer India, Sir Mabibub...
awal awal lagi aku dah menguap mase lecture dia...hahaha
punyer laa lama dia cakap...padahal introduction je kot...ape kes nak panjang panjang...
lepas abis kelas tu, bermula laa plak kelas dgn Sir Fauzi yg disayangi...hahha
lecture sir Fauzi lagi best dari sir Mahibub...
habis laa kelas aku tuk hari ini...
lepas tu balik kampus Permatang Pauh...
balik balik je, terus aku tidur sepuas puasnya...nak ganti balik pe yg tido tak berganti...hahaha
ini laah kisah aku tuk hari first sem 3 nie...

p/s: ade budak junior comel laah tadi...hahaha ^___^

08 June 2012

identiti~

"kenapa aku perasan yg kau ni kat fb,twitter, skype etc kau macam peramah je, tapi kat luar, kau nie pemalu giler "
pertanyaan yg selalu aku hadapi.. =.=" 
kan aku dah cakap yg aku nie pemalu..
tapi tidak kat fb, skype, twitter or whatever..
for me, when i faced the person face to face, aku rasa amat amat amat amat malu...
aku pun tak tau kenapa aku jadi macam ni..
kalau kat fb ke twitter ke, aku tak rasa malu sebab aku tak menghadapi orang tu face to face...
aku rasa macam aku face the laptop je...hahaha
sebab tu aku jadi tak pemalu..
lepas nie, jangan laa mengeluarkan PERTANYAAN seperti di atas...
^_____^


p/s: sedih laa...dah nak pergi penang...i gonna miss my parents, my katil, my bantal busuk...hahaha~ :P

03 June 2012

stronger~


You know the bed feels warmer
Sleeping here alone
You know I dream in color
And do the things I want

You think you got the best of me
Think you've had the last laugh
Bet you think that everything good is gone
Think you left me broken down
Think that I'd come running back
Baby you don't know me, cause you're dead wrong

What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone

What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

You heard that I was starting over with someone new
They told you I was moving on, over you

You didn't think that I'd come back
I'd come back swinging
You try to break me, but you see

What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone

What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

Thanks to you I got a new thing started
Thanks to you I'm not the broken-hearted
Thanks to you I'm finally thinking about me
You know in the end the day you left was just my beginning
In the end...

What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone
What doesn't kill you makes a fighter
Footsteps even lighter
Doesn't mean I'm over cause you're gone

[2x]
What doesn't kill you makes you stronger, stronger
Just me, myself and I
What doesn't kill you makes you stronger
Stand a little taller
Doesn't mean I'm lonely when I'm alone

(When I'm alone)

p/s: aku dah jatuh cinta dengan lagu ni...hahaha ^___^

02 June 2012

best frens~

ok post kali ini aku nak citer pasal kawan2 baek aku...haha
first,
nme dia nie HASSNI
dia suruh pnggil dia saniey
sekarang belajar kat kolej pembantu perubatan Seremban
suka senyum
suka berfesyen tapi kdg2 fesyen dia entah pape...hahaha
dia sgt penyabar
kesian kat dia kena bersabar sbb kena mnghadapi aku yg grumpy nie...hahaha

second, 
yg nie budak comel loteii (sgt)
name dia AMIR HAKIM
kami panggil dia Pok Check sbb dia kecik tapi cute! hahaa
dia nie baik wey...
dia pun penyabar jgak...dah laa pandai...
skrg nie dia tgh study kat UiTM Dungun, Diploma In Chemical Engineering...

third, 
haaa..yang nie bnyak cakap sket...pot pet pot pet je keje dia...haha
name dia NUR AKLILI a.k.a Liliey
dia suke cerita masalah dia kat aku...
aku nie mcm kaunselor laa plak...bagi nasihat, teguran kat dia...
dia selalu belanja aku, almaklum laa anak orang kaya (hahaha...kikis duit dia) :P
dia nie bru je habis matrik...result dia gempak kot...jeles aku..
nyway, selamat berbahagia dgn orang yg tersayang ye! ^___^

fourth,
yang nie pulak materialistik woman! hahah
name dia ANIS ATHIRAH...aku selalu panggil dia Munis je...haha
dia suke sruh aku belanje dia..
mentang mentang laa dia tau yg aku ade dapat scholar, laju je sruh aku belanja dia...
dia nie suke sgt jiwang...klu dalam twitter dgn fb tu, penuh ayat2 cinta...
almaklum laa orang tengah hangat bercinta...
ops, lupe plak..dia nie ambil Diploma Nursing kat USM...

nie laa kawan2 baek aku...ramai je lagi seperti Aiman, Syafiq Bahari dan lain2...aku dah tak larat nak tulis dah...aku harap sangat bahawa persahabatan ini akan kekal selamanya..aku telah letak kawan2 baek kau dalam hati aku yg suci murni ini...hahaha~ 



qoute of the day~

"I’m here. I love you. I don’t care if you need to stay up crying all night long, I will stay with you. There’s nothing you can ever do to lose my love. I will protect you until you die, and after your death I will still protect you. I am stronger than Depression and I am braver than Loneliness and nothing will ever exhaust me"
sweet giler qoute ni...kalau laa aku bagi quote ni kat awek2..
mau cair agaknya...
thanks to my best friend because give me this quote..
love this!
 ^_____^ 

p/s: entah kenapa aku suka quote sekarang nie...adakah aku fall in love? hahahha~ =)

31 May 2012

rahsia bulan kelahiran~

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak
keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi


FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.


JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan


SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat


NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi. Seronok didampingi. Suka bercampur dgn org. Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak,Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.



p/s: for me, mostly yg ditulis adalah mnunjukkan sifat aku...haha~ so, klu korang nak kwan dgn aku, silah bace yg bulan JANUARI punyer
p/s sekali lagi : thanks kat budak group facebook aku sbb share mende ni.. =) aku yg copy paste..haha