18 August 2012

raya~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sempena bulan syawal yang akan menjelma ini,
oleh hal demikian *ayat karangan SPM*,
aku ingin menyusun sepuluh jari,
memohon  *1000000 kuasa 17*keampunan,
jikalau aku ada melakukan kesilapan,
samada sedar atau pun tidak,
halalkan segala apa jikalau aku ada termakan, terambik barang2,
aku tahu yang aku insan yg tidak sempurna, banyak khilaf, kesilapan yang aku lakukan,
dan aku jugak ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
p/s:kepada sesiapa yang tahu rumah aku tu, jemputlah datang rumah, insyaALLAH akan ada hidangan raya terhidang :)


17 August 2012

terima kasih =)

assalamualaikum dan salam sejahtera...hari ini telah masuk hari ke 28 kita berpuasa..ini bermakna yg ramadhan akan meninggalkan kita, syawal akan menjelma...yay! raya raya raya..tapi dalam masa yang sama, aku terasa sedih sebab ramdhan akan meninggalkan kita...ramadhan kali ini, sedikit sebanyak telah memberi perubahan kepada diri aku..aku berharap yang perubahan ini akan kekal dan mungkin bertambah baik selepas ini...amin! sebenarnya tujuan aku tulis post kali ini adalah untuk mengucapkan terima kasih sangat sangat kat ibu bapa aku...setelah sekian lama berpuasa di penang, diri aku ini amatlah mengindam*bak orang mengandung pulak* ayam percik..bukan aku tak jumpa ayam percik di penang, tapi ayam percik kat sana amat pelik dan tekak aku macam tak boleh terima...setakat makan, telan tu boleh laa...tapi rasa kenikmatan kesedapan ayam itu kurang berbanding ayam percik di kelantan...setelah merungut, megadu nasib kat ibu bapa aku, akhirnya hari ini dapat jugak aku merasa ayam percik...air tangan mak aku pulak tu...memang perrrrgghhhh! terbaik wa cakap lu...terima kasih mak ayah sebab tunaikan hasrat anak kesayanganmu ini *perasan jap*...love u so much! =)

11 August 2012

sedih~

Assalamuaalaikum, salam sejahtera,
hari ini dah masuk hari ke 22 umat Islam berpuasa..
ini bermakna bahawa kita akan berpuasa lebih kurang 7 hari lagi tuk menghadapi ramadhan ( puasa tahun nie 29 hari mengikut kalendar)
sedar tak sedar ramadhan hampir melabuhkan tirainya,
setelah diimbas kembali, banyaknya masa aku dibazirkan dgn perkara sia sia sepanjang ramadhan ini.. :(
ya ALLAH, berikanlah kepada aku kesempatan untuk menghadapi ramadhan yang akan datang...
sesungguhnya aku dapat merasa kemanisan ramadhan itu berbanding bulan lain...
ya ALLAH, berikanlah keberkatan-MU kepada aku untuk menghadapi hari hari seterusnya di bulan ramadhan ini...

09 August 2012

tolong!!!!!!!!

cepatlah masa berlalu, aku nak balik rumah..
rindu sesangat dah nie...

06 August 2012

kecelaruan emosi~

semua orang tak nak layan aku.. :(
maaf laa kalau mulut aku berbau longkang ke ape ke,
maaf kalau aku ada menyakitkan hati kau..