30 December 2012

attitude~

Assalamualaikum...
agak lama jugak aku tak update blog nieh..*ayat cliche*
almaklum laa, dah masuk sem baru..so, busy laa sikit..sampai takde masa nak update.. (buzy ke? hahaha)

busy macam dalam gambar nieh.. #eh?

back to the main point, post kali ni aku nak meluahkan tentang perangai segelintir masyarakat..
hurrmmmmm...
bila merujuk kepada perangai sesetengah orang ni membuatkan aku menyampah, meluat, dan seangkatan dengannya..
pernah dengar istilah talam dua muka?
haa, sikap macam nie laa aku tak suka..
kalau kuih talam tu okay laa jugak...*oh, sedapnya*


motif sangat aku letak gambar nie..haha

pernah tak kau fikir yang kata kata kau mungkin mengguris perasaan orang?
pernah tak kau terfikir yang si yg diumpat tu sakit hati dgn cacian, makian kau?
pernah tak terfikir apa perasaan kau apabila orang mengumpat kau, mengata kau, mencaci kau?
atau kau memang tak de perasaan apabila orang mengata kau?
tolong laa, tolong jaga perasaan orang...
tolong jgn jadi buzybody sgt...
biarkan laa diaorang (orang yg diumpat) nak buat ape ape pun..itu hak diaorang, hidup diaorang...rasanya tak menyusahkan korang pun kan...
*konsep busybody disini bukan pasal agama yer, kalau pasal agama tu, kita wajib mencegahnya*
apa kau fikir yang kau perfect sangat?
sampai kau boleh nak mencaci orang?


" Allah menutup keaiban seseorang jika dia menutup keaiban orang lain"


mesti pernah dengarkan ayat ini...
jangan selalu nak mem'bahan' orang sgt...
apa salahnya kalau orang tu membuat salah, just tegur dgn baik, dgn berhemah.. *ala ala sweet gitu*
ini tak, pantang tengok orang buat salah, terus nak mem'bahan' orang..siap bawak geng lagi...
korang MUNGKIN tak tak tahu yang salah seorang daripada geng tu pun MENGATA, MENCACI, MENGUTUK anda...
so, padan laa kan...
what u give is what u get..


aku tak paham, kenapa mesti ada sifat tak puas hati dalam diri tu?
tak boleh ke biarkan dia je..
klu tak suka dia post kat fb, buat unfriend je terus..
kalau tak suka dia tweet, just unfollow terus...
simple kan? 
kau tak sedar ke  yang kau buat tu menjurus kepada sebuah pergaduhan... *OMA! skemanya ayat aku*
sebab tu ada pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'..
dalam konteks nie aku rasa bukan mulut yang sesuai, 'kerana tweet/post, badan binasa'
rasanya alangkah baiknya kalau kita menerima kelemahan seseorang, ambil kelemahan itu sebagai sempadan..
begitu juga orang akan buat kat kita...ambik kelemahan kita, sebagai sempadan..
lagi untung kalau dia menegur kita atas kelemahan itu..


akhir kata,
marilah kita merenung diri, ubah laa sikap itu..
renung renungkan, selamat beramal..
salam ukhuwah, salam comel dari aku, insan yg tidak sempurna >.< *muka comel*
x.o.x.o *gaya lisa dalam istanbul aku datang*