03 June 2013

kenangan malam pertama...ehhh

Assalamualaikum

Tajuk?kenapa dgn tajuk?ada salah?hahaha

Okay, itu hanyalah propa mcm kiah propa..haha

Sejujurnya aku disini ingin menceritakan tentang hari pertama praktikal. Okay. Dah sedia untuk membaca pengalaman aku ini? Okay, sila sediakan popcorn dan jgn henti membaca selagi tak habis kerana anda akan menyesal seumur hidup sehingga menghantukkan diri ke dinding. Senyum sinis


Aku mulakan dgn bismillah. *muka suci*
Pada suatu hari *gaya budak tadika* ,aku bangun seawal 5.50 pagi. Ini lah kali pertama aku bangun awal. Percubaan kali pertama berjaya. Senyum lebar. Even, klu kat kolej pun aku tak bangun seawal ini. *muka riak lagi takabbur*. Lepas tu, macam biasa, mandi, solat, pakai baju, make up (ehhh? Cantik tak kak ton). Dan seawal pukul 6.45 aku dah bertolak ke hospital raja perempuan zainab II. Aku dgn bergayanya bawak kete bapak aku ke hospital dengan memecut 130kmph. Almaklum laa, jalan pepagi lengang tambah tambah lagi musim cuti sekolah.

Dan aku tiba hospital pada pukul 7.15. Flip hair, aku turun kereta dgn bergayanya. Alih alih, tak dek seorang pon pandang aku masa tu. Tunduk malu kejap. Besar kemaluan aku. Eh. Lepas tu, aku dgn muka menahan kemaluan, aku pergi ke jabatan farmasi. Tak nampak kelibat kawan kawan sepraktikal dengan aku lagi. Aku mngambil keputusan pergi ke kafe berdekatan tuk makan. Aku bersarapan berharga 3.80 pagi tu. Say whatttttt?! Cilaka punyer tokei kedai. Menyumpah aku kejap kat situ. Bayangkan aku makan roti sandwich 2 keping dgn nescafe ais ( penipu, tulis nescafe, ghupenya kopi -_-'' ) je. Dasar pencekik nyawa orang. Pasghah itu berserah kejap.


Okay, sudah bercerita pasal sarapan pagi bagai, kini beralih kepada sesi berjumpa dgn staf staf kat san setelah briefing. First, aku dah nampak weakness dalam organisasi nie. Mula mula masa perkenal tu, okay lagi, senyum manis lagi. Lepas je perkenal diri, kalau aku jumpa, aku senyum, haramnya nak senyum balik kat aku. Seorang dua orang je senyum balik kat aku. Tunduk kecewa kejap. Aku punyalah tunjuk kemanisan senyuman aku yg cukup menggoda ini, kau boleh je buat tak tahu. Apa kau ingat kau santek?! Kan dah keluar carutan aku. Ish, takpe. Aku akan teruskan senyuman menggoda aku ini. Bukannnya kena bayar pon. Mende free. Senyum itu sedekah. Aku kan baik hati nak memberi sedekah kat orang orang. Tambah tambah lagi dekat orang yg memerlukan. If u know what i mean,


Haa, satu lagi aku nampak keburukan. Ada seorang pharmacist yg konon macho. Okay, terus terang aku menyampah dengan dia. Kawan aku ada buat salah masa dispense ubat. Then, dengan kuatnya dia cakap 'tolong panggil ppf pelatih (ppf=penolong pegawai farmasi)' depan kaunter. Bayangkan, dia cakap macam tu depan patient patient yg berlambak menunggu ubat. Kau tak fikir ke perasaan kawan aku tu? Dah laa first day praktikal, apa kau nak semua perfect. Kalau nak menegur tu ada caranya. Nie tidak, fikirkan soal kau je. Apa kata patient yg menunggu tu? Kau tak fikir yg patient mungkin akan cakap.Panas hati kejap.


Selain keburukan tu, ada jugak kebaikan staf staf kat sana. Ada yang sudi mengajar aku apa yang aku tak tahu. Ada jugak yg senyum senyum kat aku. Ada jugak yg mengajak aku berbual. Ada yg interview aku. Itu yang aku suka. Itu enviroment kerja yang aku suka. Overall untuk first day nie, okay lah. Not bad. Walaupun aku kepenatan berdiri di farmasi, aku masih lagi boleh bertahan. Walaupun aku terpaksa menempuh traffic jam masa nak balik, aku masih lagi boleh bertahan. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk aku menghadapi praktikal ini sebaik mungkin. Moga aku dapat habiskan diploma aku dgn jayanya :)


Setakat ini sahajalah bebelan aku. Penat menaip. Haha. Haa, tak menyesal kan baca cerita aku? Larikkkkkkkkkkk! Kalau, popcorn yg disediakan masih lagi berbaki, boleh laa berhijrah untuk ke blog lain atau layan je movie. Okbai

X.o.x.o

No comments:

Post a Comment